Guru pemulihan.. pilihanku, jiwa ku..

January 16th, 2008 by admin

Hari ni ialah hari ke-3 praktikum di SK Putrajaya (1), Presint 8 dimana tugas yang diberi sebagai guru pemulihan aku kira amat mencabar kerana ia perlukan kesabaran. Antara kelemahan murid yang diperhatikan sepanjang ujian diagnostik yang dijalankan pada pagi tadi ialah:

1. Menulis terbalik
2. Tidak mengenal huruf
3. Kurang cekap membaca perkataan KVK
4. Keliru dengan bacaan konsonan a,e,i,o,u
- Contohnya : di - disebut da, pergi disebut perga dll

Murid yang diuji ialah dari sepuluh (10) orang dari kelas 2 emerald iaitu murid yang mendapat markah yang paling kurang sekali pada peperiksaan tahun 1 tahun 2007.

Semoga misi untuk mendidik mereka pada sepanjang praktikum ini berjaya memberi manafaat kepada murid dan kesemua murid dapat mengikuti kelas yang normal di kelas mereka. Misi utama ialah murid mendapat 100% dalam subjek bahasa Melayu dan Matematik. :)

Lawati laman web : http://www.skpj1.com

Popularity: 6% [?]

2 Responses to “Guru pemulihan.. pilihanku, jiwa ku..”

  1. guru pemulihanNo Gravatar Says:

    http://groups.google.com/group/gurupemulihan

    sila menyertai discussion group guru pemulihan

  2. adminNo Gravatar Says:

    dah join :)

Leave a Reply