Minggu 0 – 6
Anda wajar menjalani ujian kehamilan selepas dua minggu haid lewat daripada tarikh sepatutnya, jangan malu dan jangan takut. Doktor boleh memberitahu anggaran tarikh anda akan melahirkan. Doktor juga akan mengambil tekanan darah, memeriksa air kencing, mengukur berat, ketinggian dan mengambil sampel darah untuk mengetahui tahap kesihatan anda. Semua itu akan direkodkan bagi kemudahan sekiranya anda merujuk atau dirujuk ke hospital lain.
Setelah ujian kehamilan mengesahkan anda hamil, apa yang perlu anda buat sekarang?
Mulalah dengan mengambil asid folik sebagai makanan tambahan. Asid Folik 400mg yang diambil seminggu sebelum anda hamil dan dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan boleh membantu mengelak bayi dalam kandungan mengalami kecacatan neural tube seperti spina birda.
Dalam dunia siber hari ini, persekitaran tempat kerja boleh mempengaruhi kesihatan janin dalam kandungan. Ini termasuk pekerjaan yang ada hubungan dengan x-ray, bahan kimia atau plumbum, mengangkat objek berat atau berjalan di atas lantai yang licin. Berbincang dengan majikan untuk bertukar jabatan atau jenis pekerjaan. Sekiranya anda sedang menjalani rawatan dan mengambil ubat, beritahu doktor supaya mudah untuk dia memastikan bahawa pengambilan itu selamat diteruskan sepanjang anda hamil.
Mulalah merisik di kawasan persekitaran, hospital, klinik ante-natal dan pusat kesihatan
setempat sama ada wujud tempat penjagaan ante-natal untuk membantu anda mendalami proseskehamilan sebagai persediaan kelahiran.
Popularity: 13% [?]









