Archive for February 11th, 2008

TRIMESTER KEDUA

Monday, February 11th, 2008

Sakit Belakang
Sepanjang trimester 1 dan 2, anda mungkin mengalami lenguh belakang kerana otot bahagian berkenaan menjadi tegang dan perubahan pada bentuk badan. Kesan hormon progesterone yang membantu melembutkan ligament dan otot supaya anda relaks semasa proses kelahiran juga menyebabkan sakit belakang. Sakit belakang yang teruk bagaimanapun adalah symptom jangkitan buah pinggang yang perlu mendapat rawatan lanjut oleh doktor.
Cara untuk mengurangkan ia
•Sentiasa duduk dan berdiri tegak
•Pakai kasut bertumit rendah atau leper
•Jangan mengangkat barang berat
•Tuam dengan bekas air suam di tempat sakit
•Tekan belakang anda di dinding buat beberapa ketika
•Minta nasihat doktor atau jururawat perbidanan mengenai senaman bersesuaian

today.gif

Bengkak Buku Lali (Oedema)
Bengkak kaki atau bengkak buku lali juga adalah perkara biasa yang dialami wanita semasa melalui tempoh kehamilan matang. Doktor lazimnya akan memeriksan tekanan darah dan air kencing bagi memastikan bengkak itu tidak ada kaitan dengan masalah lain. Walaupun ia hanya bersifat sementara, bengkak ini boleh menjadi petanda praeklamsia, satu keadaan yang boleh membahayakan kehamilan.
Cara untuk mengurangkan ia
•Angkat kaki setiap kali anda duduk
•Pakai kasut bertumit rendah, bukan kasut leper
•Lapik kaki dengan bantal waktu berbaring
•Jangan pakai pakaian ketat yang boleh menganggu peredaran darah ke kaki
•Elak berdiri atau duduk dalam tempoh lama dengan posisi yang sama
•Kerap bersenam – berjalan adalah senaman paling baik
•Sentiasa bertukar posisi ketika duduk untuk membantu peredaran darah di kaki

Gusi Berdarah

Kesan hormon semasa hamil boleh menyebabkan masalah radang gusi. Waktu ini gusi akan menjadi lebih lembut dan bekalan darahnya meningkat. Sesetengah wanita hamil juga mudah mengalami sakit gigi terutama jika pengambilan makanan mereka rendah galian dan vitamin.
Cara untuk mengatasinya
•Berjumpa doktor gigi pada awal kehamilan
•Berus gigi dengan berus yang lembut
•Floss di celah-celah gigi setiap hari

Kejang Urat dan Saraf Menyucuk

Masalah kekejangan kerap dialami wanita hamil. Puncanya, masih kabur tetapi ada kemungkinan kekurangan kalsium dan vitamin B. Ia biasanya berlaku di bahagian betis hingga ke jari jemari kaki pada waktu malam iaitu semasa anda sedang tidur. Kekejangan kaki juga lebih kerap berlaku pada waktu panas dan selepas aktiviti fizikal apabila otot menjadi letih. Memakai kasut tinggi juga boleh menjadi penyebab.
Cara untuk mengatasinya
•Lakukan senaman ringan tetapi kerap seperti berenang
•Apabila berlaku kekejangan minta bantuan seseorang flex telapak kaki dan urut perlahanlahan
•Makan makanan berkhasiat seperti susu, sayur-sayuran hijau, lobak merah, oren dan bijan,
buah-buahan, ikan dan daging
•Teliti semula pemakanan dan gaya hidup anda. Elak memakai kasut tinggi
•Jangan melakukan aktiviti fizikal di dalam cuaca panas secara berlebihan
•Luruskan kaki semasa berbaring. Urut secara perlahan-lahan di dalam air suam
•Semasa duduk, luruskan kaki dan telapak kaki di atas lantai. Angkat jemari kaki ke atas

(bersambung..)

Popularity: 9% [?]

Trimester 1 & 2

Monday, February 11th, 2008

Rasa kurang selesa, panas, sembelit, sakit belakang dan letih adalah antara keluhan wanita hamil yang paling kerap kita dengar. Ini adalah perkara biasa tetapi lain orang lain ragamnya semasa melalui proses kehamilan.

Jangan malu untuk bertanya doktor atau bidan kerana mereka adalah tempat terbaik untuk anda meluahkan perasaan bagi mendapatkan nasihat yang betul. Ingat! Jangan sesekali mengambil sebarangan ubat atau herba untuk mengatasi masalah berkenaan.

Popularity: 12% [?]

Minggu 8 – 12

Monday, February 11th, 2008

Waktu ini tubuh anda akan berasa lebih letih daripada biasa. Anda juga mungkin rasa pening dan mual. Jika anda rasa sihat, cuba lakukan beberapa jenis senaman ringan. Ini dapat membantu kehamilan anda dan semasa proses melahirkan.
trimester1.jpg Bakal ibu atau mereka yang pernah melalui kesukaran pada kehamilan sebelum itu ialah bersalin di hospital. Begitu juga kepada bakal ibu yang ada masalah kesihatan atau kawasan persekitaran yang tidak mempunyai kemudahan pengangkutan kecemasan. Berbincang dengan doktor.
Ingatlah! Anda yang membuat pilihan dan pilih yang terbaik.
Ujian ante-natal boleh dijalankan pada tiga bulan pertama kehamilan bergantung kepada umur, sejarah kesihatan keluarga dan permintaan anda. Ini termasuk ujian nuchal translucency pada minggu 10 hingga 13 atau Pensampelan Virus Korion (Tetuban) dan sesetengah hospital akan melakukan pemeriksaan ketuban (amniocentesis) di antara minggu 14 hingga 18. Pemeriksaan doktor hanya perlu setiap empat minggu sehingga kandungan berusia 28 minggu. Masuk usia kandungan 28 hingga 36 minggu, pemeriksaan adalah lebih kerap iaitu setiap dua minggu dan seminggu sekali pada empat bulan terakhir anda hamil.
Setiap kali anda ke klinik, anda akan diperiksa dari segi :
•Air kencing -
Gula atau protein dalam air kencing menunjukkan tanda-tanda masalah.
•Tekanan darah –
Bacaan tidak boleh melebihi 20 markah daripada tahap tekanan darah ketika anda tidak hamil
•Pemeriksaan perut –
Untuk merasai kedudukan dan saiz janin
•Kadar degupan jantung janin –
Dilakukan ketika usia kandungan 16 minggu
•Berat anda -
Jika berat naik mendadak bermakna anda menyimpan cecair yang berlebihan dalam badan
•Bengkak di beberapa bahagian badan –
Bengkak kaki, lengan dan muka menunjukkan badan anda menyimpan lebihan cecair.
Berkemungkinan besar akan memberi masalah di akhir kandungan. Penting untuk anda membuat pemeriksaan gigi. Kehamilan boleh memberi kesan kepada gusi sehingga ia cepat berdarah.

Popularity: 15% [?]

Ticker..

Monday, February 11th, 2008

Ticker utk hari ni.. 27mingu 3 hari lagi.. go go my baby..

today.gif

Popularity: 6% [?]