Minggu 8 – 12
Waktu ini tubuh anda akan berasa lebih letih daripada biasa. Anda juga mungkin rasa pening dan mual. Jika anda rasa sihat, cuba lakukan beberapa jenis senaman ringan. Ini dapat membantu kehamilan anda dan semasa proses melahirkan.
Bakal ibu atau mereka yang pernah melalui kesukaran pada kehamilan sebelum itu ialah bersalin di hospital. Begitu juga kepada bakal ibu yang ada masalah kesihatan atau kawasan persekitaran yang tidak mempunyai kemudahan pengangkutan kecemasan. Berbincang dengan doktor.
Ingatlah! Anda yang membuat pilihan dan pilih yang terbaik.
Ujian ante-natal boleh dijalankan pada tiga bulan pertama kehamilan bergantung kepada umur, sejarah kesihatan keluarga dan permintaan anda. Ini termasuk ujian nuchal translucency pada minggu 10 hingga 13 atau Pensampelan Virus Korion (Tetuban) dan sesetengah hospital akan melakukan pemeriksaan ketuban (amniocentesis) di antara minggu 14 hingga 18. Pemeriksaan doktor hanya perlu setiap empat minggu sehingga kandungan berusia 28 minggu. Masuk usia kandungan 28 hingga 36 minggu, pemeriksaan adalah lebih kerap iaitu setiap dua minggu dan seminggu sekali pada empat bulan terakhir anda hamil.
Setiap kali anda ke klinik, anda akan diperiksa dari segi :
•Air kencing -
Gula atau protein dalam air kencing menunjukkan tanda-tanda masalah.
•Tekanan darah –
Bacaan tidak boleh melebihi 20 markah daripada tahap tekanan darah ketika anda tidak hamil
•Pemeriksaan perut –
Untuk merasai kedudukan dan saiz janin
•Kadar degupan jantung janin –
Dilakukan ketika usia kandungan 16 minggu
•Berat anda -
Jika berat naik mendadak bermakna anda menyimpan cecair yang berlebihan dalam badan
•Bengkak di beberapa bahagian badan –
Bengkak kaki, lengan dan muka menunjukkan badan anda menyimpan lebihan cecair.
Berkemungkinan besar akan memberi masalah di akhir kandungan. Penting untuk anda membuat pemeriksaan gigi. Kehamilan boleh memberi kesan kepada gusi sehingga ia cepat berdarah.
Popularity: 15% [?]










November 19th, 2008 at 10:16 pm
Kepada bakal ibu2, semoga sentiasa dalam perlindungan Allah dan
akan dapat melahirkan anak dengan selamat