Archive for the ‘Info Kehamilan’ Category

TRIMESTER KEDUA

Monday, February 11th, 2008

Sakit Belakang
Sepanjang trimester 1 dan 2, anda mungkin mengalami lenguh belakang kerana otot bahagian berkenaan menjadi tegang dan perubahan pada bentuk badan. Kesan hormon progesterone yang membantu melembutkan ligament dan otot supaya anda relaks semasa proses kelahiran juga menyebabkan sakit belakang. Sakit belakang yang teruk bagaimanapun adalah symptom jangkitan buah pinggang yang perlu mendapat rawatan lanjut oleh doktor.
Cara untuk mengurangkan ia
•Sentiasa duduk dan berdiri tegak
•Pakai kasut bertumit rendah atau leper
•Jangan mengangkat barang berat
•Tuam dengan bekas air suam di tempat sakit
•Tekan belakang anda di dinding buat beberapa ketika
•Minta nasihat doktor atau jururawat perbidanan mengenai senaman bersesuaian

today.gif

Bengkak Buku Lali (Oedema)
Bengkak kaki atau bengkak buku lali juga adalah perkara biasa yang dialami wanita semasa melalui tempoh kehamilan matang. Doktor lazimnya akan memeriksan tekanan darah dan air kencing bagi memastikan bengkak itu tidak ada kaitan dengan masalah lain. Walaupun ia hanya bersifat sementara, bengkak ini boleh menjadi petanda praeklamsia, satu keadaan yang boleh membahayakan kehamilan.
Cara untuk mengurangkan ia
•Angkat kaki setiap kali anda duduk
•Pakai kasut bertumit rendah, bukan kasut leper
•Lapik kaki dengan bantal waktu berbaring
•Jangan pakai pakaian ketat yang boleh menganggu peredaran darah ke kaki
•Elak berdiri atau duduk dalam tempoh lama dengan posisi yang sama
•Kerap bersenam – berjalan adalah senaman paling baik
•Sentiasa bertukar posisi ketika duduk untuk membantu peredaran darah di kaki

Gusi Berdarah

Kesan hormon semasa hamil boleh menyebabkan masalah radang gusi. Waktu ini gusi akan menjadi lebih lembut dan bekalan darahnya meningkat. Sesetengah wanita hamil juga mudah mengalami sakit gigi terutama jika pengambilan makanan mereka rendah galian dan vitamin.
Cara untuk mengatasinya
•Berjumpa doktor gigi pada awal kehamilan
•Berus gigi dengan berus yang lembut
•Floss di celah-celah gigi setiap hari

Kejang Urat dan Saraf Menyucuk

Masalah kekejangan kerap dialami wanita hamil. Puncanya, masih kabur tetapi ada kemungkinan kekurangan kalsium dan vitamin B. Ia biasanya berlaku di bahagian betis hingga ke jari jemari kaki pada waktu malam iaitu semasa anda sedang tidur. Kekejangan kaki juga lebih kerap berlaku pada waktu panas dan selepas aktiviti fizikal apabila otot menjadi letih. Memakai kasut tinggi juga boleh menjadi penyebab.
Cara untuk mengatasinya
•Lakukan senaman ringan tetapi kerap seperti berenang
•Apabila berlaku kekejangan minta bantuan seseorang flex telapak kaki dan urut perlahanlahan
•Makan makanan berkhasiat seperti susu, sayur-sayuran hijau, lobak merah, oren dan bijan,
buah-buahan, ikan dan daging
•Teliti semula pemakanan dan gaya hidup anda. Elak memakai kasut tinggi
•Jangan melakukan aktiviti fizikal di dalam cuaca panas secara berlebihan
•Luruskan kaki semasa berbaring. Urut secara perlahan-lahan di dalam air suam
•Semasa duduk, luruskan kaki dan telapak kaki di atas lantai. Angkat jemari kaki ke atas

(bersambung..)

Popularity: 25% [?]

IBU & ANAK “KEHAMILAN”

Saturday, January 19th, 2008

Kehamilan bermula dua minggu sebelum tarikh kedatangan haid. Disebabkan perkembangan bayi pada tempoh dua minggu ini, anda akan lihat beberapa perubahan pada tubuh anda seperti payudara menegang, letih dan sukar mengawal emosi. Bagaimanapun, perubahan itu berbezabeza mengikut individu.

Perubahan tubuh badan pada tahap ini adalah disebabkan oleh peningkatan hormon estrogen dan progesterone iaitu 10 kali ganda daripada tahap normal. Hormon ini penting untuk perkembangan bayi dan menjaga kandungan anda. Tahap hormon ini akan turun dengan mendadak sebaik saja bayi lahir.

Sebagai persediaan untuk melalui saat-saat manis tetapi mencabar, kami menyediakan satu panduan yang boleh dijadikan asas membantu wanita melalui proses kehamilan selama 39 minggu dengan sabar dan tenang.

Popularity: 46% [?]