Archive for the ‘Kehidupan Seharian’ Category

Uploaded photos (updated)

Saturday, March 1st, 2008

ruang perhimpunan skpj1 putrajaya

Blog ini dah berpindah ke rumah baru >>klik sini (admin blog)

Flickr’s gives you 100Mb free every month

Semalam upload banyak gambar sukan sekolah kat flickrs, hosting free + bandwidth FREE

Nak tengok perbezaan Sony cybershot dengan Kodak C513?

Bukan nak membandingkan jenama tapi tak faham EXIF data tu apa :) boleh terangkan?

ISO (Sensitivity)

ISO is the number indicating a digital camera sensors sensitivity to light. The higher the sensitivity, the less light is needed to make an exposure.

“Digital single reflex cameras (dSLR), because they have larger sensors, are best for producing noise-free images. However, some consumer digital cameras now have improved sensors that produce acceptable images at higher ISO.”

Selamat hari Sabtu Ahad pada semua rakan2 blog..

p:s/ sedang upload baby blog peribadi la pulak..peace..

Baby Gaga

Register free disini > http://blogger.babyku.net

Popularity: 72% [?]

29 Februari

Friday, February 29th, 2008

skpj1.jpg

Rumah biru. Ptg smlm hujan tapi semangat juga nak main.

Hari ni tak perlu buat lesson plan sbb hari Jumaat tak ada kelas. Phew!! tapi perlu buat utk hari Isnin depan.. umm

Sedikit diari semalam:

1. Berjaya beli tiket pergi balik Airasia utk Pn Alijah setelah 3 hari ngadap benda yang sama
2. Tuisyen utk darjah 6. Seronok juga jadi orang pandai ni.
3. Aktiviti rumah sukan. Ramai juga hadir walaupun hari hujan lebat.

Refleksi:

Kehidupan hari2 sebagai cikgu tidaklah lumayan, tetapi ada kalanya menginsafkan. Kdg2 seronok kandang2 tension. Tanggungjawab mendidik adalah tanggungjawab semua. guru sebagai pembimbing utk anak2 kita. tanpa guru siapalah kita sekarang ini.

Tengok punya tengok hari ni 29 Februari 2008. Hari ni la boleh buat birthday 4 tahun sekali. Pada yg lahir hari ni diucapkan selamat hari jadi.

Popularity: 69% [?]

Balik kampung..

Monday, February 25th, 2008

100_0850.JPG

Kenal ke tempat ni?

Cuti 2 hari balik kampung sebab tu tak berblog, lepas ni tak boleh blog langsung dah sbb dah takda laptop.

balik putrajaya selesema + jadi penyebar virus.

Popularity: 68% [?]

Joging + Hujan

Thursday, February 21st, 2008

putrajaya.jpg

Pemandangan sehari-hari

Bak kata orang jangan jadi katak bawah tempurung. Hari ni penat jugak sebab kena kemas bilik buku teks kat sekolah. Lepas tu balik, ajak kawan praktikum sama joging kat depan kompleks kerajaan tu.

Semalam pergi Taman Botani. Semalam dengan ari ni banyak snap gambar. Almaklum lah orang baru dapat kamera katakan.. hehe..

Popularity: 67% [?]

Tagged by ImamKhalid

Tuesday, February 19th, 2008

Setelah membaca dan memahami apakah maksud tag dari kawan2 blog kini tiba masa apis untuk mejawab tag yang diberi oleh Tuan Imam kita.

The Rules:

  1. Link to your tagger and post these rules.
  2. List 8 random facts about yourself.
  3. Tag 8 people at the end of this post and list their names.
  4. Let them know that they have been tagged by leaving a comment on their blogs.

8 random facts about me:

1. Apis anak ke 4 daripada 8 adik beradik (4 lelaki 4 perempuan) hehe.. al-fatihan buat arwah ayah semoga rohnya dicucuri rahmat.

2. Saya suka spongebob squarepants kerana spongebob lucu dan penuh imaginasi. Kira apis ni jenis yang kuat imaginasi jugak la ni..

Spongebob tido

3. Suka menangis kalau sedih. (isk tak macho la) kalau tension, masuk bilik meraung la sekuat hati. kalau ada orang mana boleh kan kan..

4. Bakal guru pemulihan. Sekarang praktikum di SK Putrajaya 1 Presint 8 dan ada 4 orang murid pemulihan dan 10 murid tahun 1 kelas pantas membaca.

5. Due date baby ialah 6/8/08. insyaAllah kalau lewat 2 hari jadi 08/08/08 (kaya,kaya,kaya la tu)

Due date baby tickers

6. Laptop berharga RM4500 (++) telah dicuri di Taman Tasik Permaisuri, Cheras depan IP Teknik (dalam kereta kancil) dengan wang tunai RM700 dan hanset motorolla C350. Jenama MBox (ASUS) core duo 1.6Ghz, 2GB RAM, Geforce Go7300. Sekarang pakai laptop hak kerajaan untuk buat projek laman web. Spec sama tapi takda grafik card tak boleh main game.

7. Baru membeli kamera Kodak C513 berharga RM399 (rasanya mahal tu) tengok2 terus beli tak tawar dulu.

8. Setiap bulan membayar 2 subscription untuk internet iaitu RM66 untuk streamyx di rumah (utk kegunaan adik2) dan RM68 untuk celcom broadband 3G (anytime anywhere). Kat rumah ada wifi percuma pergi ke http://wikimapia.org dan carilah keywords “Free wifi apis17″. Jumpalah rumah saya. di kelantan

Utk tag seterusnya apis tengok ramai kawan2 dah buat tag masing2 so apis cari 8 orang yg tak dikenali utk sambung tag ni..

8 people that I will tag:

1. Zuriaf
->Sbb dia ni ada hutang 2 tag orang lain aku tambah lagi satu jadi 3.

2. Tentang Cinta

3. shadow-pimpernel

4. nurnana

5. buzzybug

6. kawan baby1

7. kawan baby2

8. ida81

Haku bantai je nama2 ni semua walaupun tak kenai pun.. ada yg kenal.. amik list random.. aci la ek.. kawan2 seperti en. me, cikF, MrAhFa, ixora, affuan, knizam, johari dll ramai kebanyakannya dah buat tag ni. so kita tengok sapa yg kena..

Sekian, terima kasih.. :wink:

Popularity: 74% [?]

Testing.. testing..

Sunday, February 17th, 2008

kodak2.jpg

1. Semua gambar ni ambil semalam sebelum baterinya habis.. emm tak sampai sehari dah habis.. sori ye background belakang tu tak berapa cantik sgt. bersepah2 biasa la cikgu katakan.. apis amik gambar ni pakai tripod kecik yg free tu..

t15.jpg

2. Pemandangan hari siang dari tingkat 15 presint 14, putrajaya. kat depan ni la jalan dari uniten ke bangi tu. Kg Abu Bakar Baginda kat depan tu. Jalan sebelah kanan menghala ke bangi, ke kiri KL. (20-30 minit racing)

manual.jpg

3. Kabel kamera dan manual serta cd. Card waranti ada kat bawah tu.. ni cuba test amik gambar guna macro.. not bad.. boleh baca tulisan tu kan? still boleh buat improvement.. tungu..

today1.gif

ni dia tickers utk hari ni.. 26weeks 5 days..

Popularity: 37% [?]

Kodak C513 & Ext Hard Disk

Saturday, February 16th, 2008

My Kodak

Finally..

Setelah mendapat kebenaran daripada big boss, apis pergi ke Low Yat Plaza dengan senang hatinya dengan budget yang murah  aja sebanyak RM700 untuk beli 2 barang. Kamera digital & external hard disk.

External hard disk ni penting sgt sebab nak backup file dalam laptop hak kerajaan ni.. biasa la harta orang, kena pulangkan..

Popularity: 22% [?]

View from presint 14 putrajaya

Friday, February 15th, 2008

Sekarang ni menetap sementara di rumah abang di putrajaya presint 14 (tingkat 15) sampai 18 April 2008 ni .. apis tak pernah tengok pemandangan malam di luar sebelum ini. apa yang membuatkan apis tak sengaja menyelak tirai malam ni sebab terdengar dentuman bunga api dari sini. jauh nun di sana, kat area kajang kalau tak silap apis.

putrajaya_walkway.jpg

 * testing2

pemandangan di luar cukup menarik, esok nak beli camera lah hehe (tanya pendapat big boss dulu).. dalam kepala sekarang samaada sony atau olympus.. yg murah2 aja dalam 400 atau RM500.. ada idea tak?

p:s/ ada budget lebih nak canon EOS 40D 

Popularity: 18% [?]

Berat naik! 50kg..

Sunday, January 20th, 2008

penimbangwah.. hari ni dah naik timbangan biasa 45-46 tapi hari ni 50Kilo!!
ni dia tickers untuk hari ni.. dah nampak rupa.. patut la naik 5kilo..

Ticker 20Jan08

pagi ni jumpa misi dekat rumah.. buat buku, hari ni dapat due date baru.. lagi awal. dulu dijangka 21/8/08 tapi sekarang 6/8/08. badan rasa letih sakit2.. :)

Popularity: 15% [?]

Guru pemulihan.. pilihanku, jiwa ku..

Wednesday, January 16th, 2008

Hari ni ialah hari ke-3 praktikum di SK Putrajaya (1), Presint 8 dimana tugas yang diberi sebagai guru pemulihan aku kira amat mencabar kerana ia perlukan kesabaran. Antara kelemahan murid yang diperhatikan sepanjang ujian diagnostik yang dijalankan pada pagi tadi ialah:

1. Menulis terbalik
2. Tidak mengenal huruf
3. Kurang cekap membaca perkataan KVK
4. Keliru dengan bacaan konsonan a,e,i,o,u
- Contohnya : di - disebut da, pergi disebut perga dll

Murid yang diuji ialah dari sepuluh (10) orang dari kelas 2 emerald iaitu murid yang mendapat markah yang paling kurang sekali pada peperiksaan tahun 1 tahun 2007.

Semoga misi untuk mendidik mereka pada sepanjang praktikum ini berjaya memberi manafaat kepada murid dan kesemua murid dapat mengikuti kelas yang normal di kelas mereka. Misi utama ialah murid mendapat 100% dalam subjek bahasa Melayu dan Matematik. :)

Lawati laman web : http://www.skpj1.com

Popularity: 16% [?]