Archive for the ‘Kehidupan Seharian’ Category

Mengenai anak dan kehamilan

Tuesday, January 8th, 2008

Cari punya cari, jumpa la fail ni. Banyak info antaranya perubahan ketara yang dialami oleh ibu/bakal ibu sepanjang tempoh 9 bulan. Ada cara mengatasi masalah mual contohnya:

Cara lain mengatasinya :
· Elak minuman yang tidak menyenangkan anda seperti kopi, susu atau jus buah-buahan
· Jangan makan sebarang ubat tanpa nasihat doktor
· Berjumpa doktor segera jika anda kerap muntah dan berat badan menurun
· Banyak berehat
· Pakai pakaian yang selesa

>> Tips anak dan kehamilan

Kalau ada lagi tolong kongsi ye..

Popularity: 4% [?]

Berniaga secara sms

Tuesday, January 8th, 2008

Hari ni saya terbaca mengenai perniagaan melalui sms. rupanya banyak cara boleh kita guna untuk mendapat wang melalui sms. Sebelum ini sudah mencuba banyak program seperti my mode dan prepaid4u sekarang ini ada pula yang baru iaitu akademi sms.

Links : http://www.akademisms.com

Saya berminat dengan seminar dan berharap dapat mengikutinya nanti. tak salah belajar kan? :)

Popularity: 6% [?]

Cubaan

Sunday, January 6th, 2008

Mencuba untuk membuat post dalam web ini.. terima kasih..

Hari ini kerja berlambak, lain kali diharap tak sibuk macam hari ni lagi..

Kepada pembaca, selamat datang ke website ini..

Popularity: 3% [?]

Welcome to my personal baby web page :) - Introduction

Sunday, January 6th, 2008

hi.. this website was created at 4.46PM: 06/01/2008, (Malaysian time). There are 32Weeks and 4 days until our baby born. :) to all visitor, please feel free to give any advice to us..

baby to come ;)

(in Malay)
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Laman web peribadi ini dibuka khas untuk kami berkongsi pendapat dengan anda semua tentang kehamilan dan apa-apa sahaja mengenai baby dan kelahiran. Dengan adanya laman web ini secara tidak langsung dapatlah kita semua mendapat manafaat di samping membantu rakan-rakan yang mencari-cari maklumat yang berkaitan.

Laman ini ditujukan khas kepada isteri tersayang, Nor Zilayati yang sentiasa dalam ingatan.

Semoga maklumat yang diperolehi dari laman web ini dapat menambah pengetahuan dan memberi kesediaan kepada ibu dan bakal bapa sekalian. Tahniah kepada semua..

Anda boleh mandaftar di sini : http://www.babyku.net/?register

Sebagai ahli, semua dibenarkan untuk menghantar blog harian masing mengenai perkara berikut contohnya:i-baby.jpg
1. Aktiviti Seharian
2. Mood (Happy, Marah, Seronok dll)
3. Emergency
4. Persediaan
5. Hadiah dll

Ibu-ibu yang mengandung digalakkan mendaftar dan menghantar blog. Bapa dan bakal bapa2 juga digalakkan mendaftar dan menyatakan rasa hati masing-masing.

Terima kasih,

Muhammad Hafiz (Kelantan)

Popularity: 9% [?]