Testing.. testing..

February 17th, 2008 by admin

kodak2.jpg

1. Semua gambar ni ambil semalam sebelum baterinya habis.. emm tak sampai sehari dah habis.. sori ye background belakang tu tak berapa cantik sgt. bersepah2 biasa la cikgu katakan.. apis amik gambar ni pakai tripod kecik yg free tu..

t15.jpg

2. Pemandangan hari siang dari tingkat 15 presint 14, putrajaya. kat depan ni la jalan dari uniten ke bangi tu. Kg Abu Bakar Baginda kat depan tu. Jalan sebelah kanan menghala ke bangi, ke kiri KL. (20-30 minit racing)

manual.jpg

3. Kabel kamera dan manual serta cd. Card waranti ada kat bawah tu.. ni cuba test amik gambar guna macro.. not bad.. boleh baca tulisan tu kan? still boleh buat improvement.. tungu..

today1.gif

ni dia tickers utk hari ni.. 26weeks 5 days..

Popularity: 12% [?]

Kodak C513 & Ext Hard Disk

February 16th, 2008 by admin

My Kodak

Finally..

Setelah mendapat kebenaran daripada big boss, apis pergi ke Low Yat Plaza dengan senang hatinya dengan budget yang murah  aja sebanyak RM700 untuk beli 2 barang. Kamera digital & external hard disk.

External hard disk ni penting sgt sebab nak backup file dalam laptop hak kerajaan ni.. biasa la harta orang, kena pulangkan..

Popularity: 8% [?]

Gravatar

February 16th, 2008 by admin

Bila comment kat blog, ada kadang2 keluar gambar kita, kadang2 tak kuar gambar. pada yang masih tiada avatar (termasuk ahli wordpress.com) tu boleh register email peribadi gravatar kat sini. Setiap kali comment, bolehlah pakai email yang dah di register tu tadi di mana2 website yang guna engine wordpress pakai domain sendiri.

http://site.gravatar.com/signup

logo.gif Your Identity—Online

Dah register, boleh try comment dan tengok kuar gambar kite ke tak.. selamat mencuba..

p:s/ test link back ke soleh.net sifu linkback :)

p:s/ link back lagi kepada en. me.. hehe.. skrang dah pandai link back nih..

Popularity: 5% [?]

View from presint 14 putrajaya

February 15th, 2008 by admin

Sekarang ni menetap sementara di rumah abang di putrajaya presint 14 (tingkat 15) sampai 18 April 2008 ni .. apis tak pernah tengok pemandangan malam di luar sebelum ini. apa yang membuatkan apis tak sengaja menyelak tirai malam ni sebab terdengar dentuman bunga api dari sini. jauh nun di sana, kat area kajang kalau tak silap apis.

putrajaya_walkway.jpg

 * testing2

pemandangan di luar cukup menarik, esok nak beli camera lah hehe (tanya pendapat big boss dulu).. dalam kepala sekarang samaada sony atau olympus.. yg murah2 aja dalam 400 atau RM500.. ada idea tak?

p:s/ ada budget lebih nak canon EOS 40D 

Popularity: 7% [?]

Baby ada kawan..

February 14th, 2008 by admin

baby dah ada kawan biar pun tak kenal namun sama2 lah kita jalinkan persahabatan di alam siber ini. Semoga kawan2 blog spt en. me, zila, dan yang lain-lain terus maju dalam dunia blog masing2.. nak comment tu suka-suka aja..


apis suka tengok tickers ni tapi nape baby dalam tu tunggang terbalik?.. alahai.. hehe (jgn marah ye en. me itu..)

Popularity: 7% [?]

TRIMESTER KEDUA

February 11th, 2008 by admin

Sakit Belakang
Sepanjang trimester 1 dan 2, anda mungkin mengalami lenguh belakang kerana otot bahagian berkenaan menjadi tegang dan perubahan pada bentuk badan. Kesan hormon progesterone yang membantu melembutkan ligament dan otot supaya anda relaks semasa proses kelahiran juga menyebabkan sakit belakang. Sakit belakang yang teruk bagaimanapun adalah symptom jangkitan buah pinggang yang perlu mendapat rawatan lanjut oleh doktor.
Cara untuk mengurangkan ia
•Sentiasa duduk dan berdiri tegak
•Pakai kasut bertumit rendah atau leper
•Jangan mengangkat barang berat
•Tuam dengan bekas air suam di tempat sakit
•Tekan belakang anda di dinding buat beberapa ketika
•Minta nasihat doktor atau jururawat perbidanan mengenai senaman bersesuaian

today.gif

Bengkak Buku Lali (Oedema)
Bengkak kaki atau bengkak buku lali juga adalah perkara biasa yang dialami wanita semasa melalui tempoh kehamilan matang. Doktor lazimnya akan memeriksan tekanan darah dan air kencing bagi memastikan bengkak itu tidak ada kaitan dengan masalah lain. Walaupun ia hanya bersifat sementara, bengkak ini boleh menjadi petanda praeklamsia, satu keadaan yang boleh membahayakan kehamilan.
Cara untuk mengurangkan ia
•Angkat kaki setiap kali anda duduk
•Pakai kasut bertumit rendah, bukan kasut leper
•Lapik kaki dengan bantal waktu berbaring
•Jangan pakai pakaian ketat yang boleh menganggu peredaran darah ke kaki
•Elak berdiri atau duduk dalam tempoh lama dengan posisi yang sama
•Kerap bersenam – berjalan adalah senaman paling baik
•Sentiasa bertukar posisi ketika duduk untuk membantu peredaran darah di kaki

Gusi Berdarah

Kesan hormon semasa hamil boleh menyebabkan masalah radang gusi. Waktu ini gusi akan menjadi lebih lembut dan bekalan darahnya meningkat. Sesetengah wanita hamil juga mudah mengalami sakit gigi terutama jika pengambilan makanan mereka rendah galian dan vitamin.
Cara untuk mengatasinya
•Berjumpa doktor gigi pada awal kehamilan
•Berus gigi dengan berus yang lembut
•Floss di celah-celah gigi setiap hari

Kejang Urat dan Saraf Menyucuk

Masalah kekejangan kerap dialami wanita hamil. Puncanya, masih kabur tetapi ada kemungkinan kekurangan kalsium dan vitamin B. Ia biasanya berlaku di bahagian betis hingga ke jari jemari kaki pada waktu malam iaitu semasa anda sedang tidur. Kekejangan kaki juga lebih kerap berlaku pada waktu panas dan selepas aktiviti fizikal apabila otot menjadi letih. Memakai kasut tinggi juga boleh menjadi penyebab.
Cara untuk mengatasinya
•Lakukan senaman ringan tetapi kerap seperti berenang
•Apabila berlaku kekejangan minta bantuan seseorang flex telapak kaki dan urut perlahanlahan
•Makan makanan berkhasiat seperti susu, sayur-sayuran hijau, lobak merah, oren dan bijan,
buah-buahan, ikan dan daging
•Teliti semula pemakanan dan gaya hidup anda. Elak memakai kasut tinggi
•Jangan melakukan aktiviti fizikal di dalam cuaca panas secara berlebihan
•Luruskan kaki semasa berbaring. Urut secara perlahan-lahan di dalam air suam
•Semasa duduk, luruskan kaki dan telapak kaki di atas lantai. Angkat jemari kaki ke atas

(bersambung..)

Popularity: 9% [?]

Trimester 1 & 2

February 11th, 2008 by admin

Rasa kurang selesa, panas, sembelit, sakit belakang dan letih adalah antara keluhan wanita hamil yang paling kerap kita dengar. Ini adalah perkara biasa tetapi lain orang lain ragamnya semasa melalui proses kehamilan.

Jangan malu untuk bertanya doktor atau bidan kerana mereka adalah tempat terbaik untuk anda meluahkan perasaan bagi mendapatkan nasihat yang betul. Ingat! Jangan sesekali mengambil sebarangan ubat atau herba untuk mengatasi masalah berkenaan.

Popularity: 12% [?]

Minggu 8 – 12

February 11th, 2008 by admin

Waktu ini tubuh anda akan berasa lebih letih daripada biasa. Anda juga mungkin rasa pening dan mual. Jika anda rasa sihat, cuba lakukan beberapa jenis senaman ringan. Ini dapat membantu kehamilan anda dan semasa proses melahirkan.
trimester1.jpg Bakal ibu atau mereka yang pernah melalui kesukaran pada kehamilan sebelum itu ialah bersalin di hospital. Begitu juga kepada bakal ibu yang ada masalah kesihatan atau kawasan persekitaran yang tidak mempunyai kemudahan pengangkutan kecemasan. Berbincang dengan doktor.
Ingatlah! Anda yang membuat pilihan dan pilih yang terbaik.
Ujian ante-natal boleh dijalankan pada tiga bulan pertama kehamilan bergantung kepada umur, sejarah kesihatan keluarga dan permintaan anda. Ini termasuk ujian nuchal translucency pada minggu 10 hingga 13 atau Pensampelan Virus Korion (Tetuban) dan sesetengah hospital akan melakukan pemeriksaan ketuban (amniocentesis) di antara minggu 14 hingga 18. Pemeriksaan doktor hanya perlu setiap empat minggu sehingga kandungan berusia 28 minggu. Masuk usia kandungan 28 hingga 36 minggu, pemeriksaan adalah lebih kerap iaitu setiap dua minggu dan seminggu sekali pada empat bulan terakhir anda hamil.
Setiap kali anda ke klinik, anda akan diperiksa dari segi :
•Air kencing -
Gula atau protein dalam air kencing menunjukkan tanda-tanda masalah.
•Tekanan darah –
Bacaan tidak boleh melebihi 20 markah daripada tahap tekanan darah ketika anda tidak hamil
•Pemeriksaan perut –
Untuk merasai kedudukan dan saiz janin
•Kadar degupan jantung janin –
Dilakukan ketika usia kandungan 16 minggu
•Berat anda -
Jika berat naik mendadak bermakna anda menyimpan cecair yang berlebihan dalam badan
•Bengkak di beberapa bahagian badan –
Bengkak kaki, lengan dan muka menunjukkan badan anda menyimpan lebihan cecair.
Berkemungkinan besar akan memberi masalah di akhir kandungan. Penting untuk anda membuat pemeriksaan gigi. Kehamilan boleh memberi kesan kepada gusi sehingga ia cepat berdarah.

Popularity: 15% [?]

Ticker..

February 11th, 2008 by admin

Ticker utk hari ni.. 27mingu 3 hari lagi.. go go my baby..

today.gif

Popularity: 6% [?]

About Pregnancy test..

February 1st, 2008 by admin

hi.. saya ada terbaca blog lirikan alam ni http://xillixaxillixa.blogspot.com

nice website apis suka lagu tu M. Nasir - Suatu Masa. Ulang berapa kali pun tak boring.. ada terbaca mengenai post penulis tentang pregnancy test.. How accurate it is?..

hmm.. bagi saya test adalah sesuai dibuat pada awal pagi selepas bangun tido. mungkin dapat positif masa tu. why? sebab dah test pada waktu petang, negatif.. padahal doktor check tarikhnya lebih awal daripada tu lagi..

Countdown

so, kalau dah rasa badan panas, sakit2 tu segera lah pastikan di klinik berdekatan atau buat ujian pada waktu pagi sebelum mandi insyaAllah positif.. :)

Popularity: 4% [?]